+
+

Jomm Ngaji
اقْرَءُوا الْقُرْآنَ Bacalah Quran...

"Pencetus Para Ashab"

Kami mengajak anda bersama-sama dalam halaqah kecil yang mesra dan santai. Fokus kami adalah mempelajari cara bacaan yang betul dengan tajwid, bukan sekadar mengejar khatam.

اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ

"Bacalah Al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat bagi para pembacanya (Ashabul Quran)."
- Riwayat Sahih Muslim: 804


Atas kesedaran dan motivasi daripada hadith ini, rakan-rakan bersatu hati telah mengusahakan Sesi Tadarus yang diadakan setiap minggu sejak tiga tahun yang lalu di bawah payung JOMM NGAJI.

Program ini telah membuka kesedaran mendalam bagaimana usaha ini sangat membantu kelancaran membaca Al-Quran, lebih-lebih lagi bagi golongan dewasa terutamanya warga emas.

Visi Kami

Pencetus Para Ashab

Melahirkan golongan Ashabul Quran yang menjadikan pembacaan Al-Quran sebagai rutin, sepertimana hadis Nabi s.a.w mengenai syafaat Al-Quran di hari kiamat kelak.

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ القُرْآنَ وَعَلَّمَهُ

"Sebaik-baik kamu adalah orang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya". (Riwayat al-Bukhari)

Tersirat Dalam Nama JOMM NGAJI

5 Misi Utama Jomm Ngaji mencerminkan cara kerja dan matlamat kami.

J

Jemaah (togetherness)

Berkumpulan dan sentiasa bertadarus bersama-sama.

O

Organisasi (in organized manner)

Pembelajaran yang disusun atur dengan sistematik.

M

Makhraj (Al-Quran reading rules)

Menekankan bacaan yang bertajwid dan makhraj yang betul.

M

Mesra (laid-back approach)

Persekitaran yang bersantai-santaian, tanpa tekanan.

JOMM

Berterusan Mengajak (ever inviting)

Sentiasa terbuka menjemput rakan baru menyertai majlis ilmu.

Alternatif Berkesan

Pendekatan Unik Jomm Ngaji

Kejayaan kami terhasil daripada pendekatan alternatif yang berbeza dari kelas biasa, direka khas untuk memastikan para peserta istiqamah dan selesa.

1

Halaqah Kecil

Pembelajaran seolah-olah 'one-to-one' tetapi memanfaatkan kehadiran rakan lain untuk berjemaah berkongsi belajar tanpa mengira tahap kelancaran.

2

Konsep Tadarus

Membaca bergilir dari Al-Fatihah ke Juzuk 30. Terbuka untuk semua tahap. Fokus adalah pembacaan tajwid yang betul, bukan berkejaran untuk khatam semata-mata.

3

Mesra & Santai

Pembelajaran mesra membuatkan rakan-rakan selesa, tidak malu atau tertekan, lalu meningkatkan semangat untuk istiqamah menghadiri sesi.

4

Asatizah Bertauliah

Disokong oleh tenaga pengajar (ustaz-ustaz) bertauliah di kalangan rakan-rakan yang amat memahami kehendak pendekatan peserta dewasa.

5

Secara Percuma

Peserta tidak dikenakan bayaran. Ia diusahakan secara sukarela atas dasar murni. Sebarang kos (jika ada) ditampung melalui sokongan infaq tertutup.

+

Program Sampingan & Keharmonian

Merapatkan ukhuwah jiran dan kariah masjid melalui riadhah, infaq berjemaah, jamuan, dan 'one-to-one coaching' dari rakan yang lebih mahir.

Sertai Komuniti Tadarus Kami

Bina rutin harian bersama Al-Quran di dalam suasana yang sangat mendamaikan tanpa mengira tahap bacaan anda sekarang. Mari kita bantu satu sama lain secara percuma.

*Sesi tadarus ini dijalankan secara sukarela dan percuma.